Wednesday, December 03, 2008

A near brush with an anti-government protest

Pagi 26 hb November, aku dah excited nak pergi Bangkok, ada annual Ophthalmology (Cataract) meeting. Ada ramai Malaysian ophthalmologists akan hadir sama. From USM, aku dan Dr Adil bersama 3 org staff nurses. Shat dan dr Zunaina akan join pada 28 hb bila depa balik dari Mumbai. itulah plan kami. duit Baht dah dalam tangan, konon nak pergi shopping sakan, nak round habih satu bangkok!! tapi plan sahaja, manusia punya plan. allah yang maha mengetahui.

pukul 9.00 pagi, adil text aku dari airport kata semua flight ke BKK pagi tu dah cancel sebab protesters dah take over the BKK airport. aku buat donno aje sebab masih tak dapat apa2 berita dari airlines. semangat lagi nak pergi conference. pergi airport bayan lepas, airlines kata flight aku masih tak cancel. buka email website conference kata program berjalan macam biasa. area Bangkok Convention Centre and the Grand Centara Bangkok very peaceful. ada text from some participants yang berada di conference, kata mereka everything is as usual. aku masih berkobar2 nak pergi. ternampak baju-baju yang aku nak shopping tu dalam kepala!!

Pukul 12.00 tengahari - pihak Alcon (sponsor) kata mereka akan call aku balik nak confirm masih 'on' atau tidak. kawan2 dari hospital kuantan dah cancel plan depa, tak jadi pergi. tengahari punya news tunjuk protesters nak betul2 closed down the airport. aku fikir dlm hati, kalau dapat masuk bangkok pun (inbound flights masih boleh masuk), camner aku nak balik? aku dok risau kat anak2. sekarang dalam hati dah fikir 100x - nak pergi ke tak?

akhirnya the decision was taken out of my hands - pukul 3.00 petang, dapat sms ALL FLIGHTS TO BANGKOK CANCELLED. malam tu aku tengok semua pelancong yang stranded kat airport - aku terimagine diri aku salah seorang daripada mereka, teringat kat anak2 aku, ternampak wajah mak ayah aku - aku bersyukur tak berada di sana!

No comments: