Thursday, January 29, 2009

Kepulangan 18 januari 2009

My renderings...

Apabila saya mendapat panggilan telefon tentang pemergian bonda tercinta saya pada pagi tu, apa yang saya rasakan ialah perasaan kesal yang teramat sangat. kesal kerana walau pun naluri saya menyuruh saya telefon dia, saya terlupa . walaupun naluri saya menyuruh saya balik jenguk dia, saya beri pelbagai alasan untuk tidak balik ke KL. padahal penang ke KL bukannya jauh 4-5 jam pun boleh sampai kalau driving.
Sebenarnya ibu saya menghidap end-stage renal failure akibat penyakit diabetis yang dihidapinya sekian lama. Adik saya telefon pada hari jumaat late in the evening, memberi tahu yang AV fistula ibu saya blocked lagi. mereka sudah bawa dia ke Hospital Gleneagles untuk revise fistula. doktor di gleneagles kata, kena buat graft, dan arahkan ibu saya pergi ke HUKM on monday.
saya yang mendengar cerita tu, berhajat untuk telefon ibu saya malam tu, tapi saya terlupa dek sibuk melihat buku sekolah anak2 dan homework mereka. bila nak telefon, realized it was quite late. jadi saya nak postpone keesokannya.
hari sabtu saya sibuk ke pasar dan buat banyak kerja saya lupa lagi. asyik lupa, lupa. mungkin kerana saya rasa tak penting nak call ibu. lepas solat subuh pagi ahad, saya kata dalam hati, mesti call mak. tapi suami suruh kejutkan anak2, kami nak pergi jogging di Bukit Jambul. saya lupa lagi call emak.
akhirnya panggilan telefon pukul 11.30 pagi dari rumah saya, kakak kata mak dah tak da lagi.... saya hanya terasa seribu kekesalan. kali terakhir saya bercakap dengan dia pada hari rabu minggu lepas, bincang pasal percutian - kami plan nak bawa dia ke Port Dickson. arwah ibu memang suka pergi jalan2 dan vacation. tapi perbualan kami agak pendek, macam dia tak da mood nak cakap dengan saya. saya sempat cakap, saya rasa batuknya dah kurang. dia pun mengaku, mak dah tak batuk lagi... sebenarnya, menurut adik-beradik saya, batuknya memang sangat kuat pada 1 bulan kebelakangan ini. itulah ibu saya... dia memang tak mahu menyusahkan anak2 dia, dia takut saya risau tentang batuknya yang berpanjangan.
selepas fistulanya blocked kali ni, doktor plan masukkan ke wad HUKM untuk buat dialysis melalui jugular vein. dia memamng serik dengan dialysis cara tu sebab the first time dulu bila blocked, she underwent all that, so dia dah serik sangat. adik dan ipar saya, serba salah bila ibu saya berkeras tak nak buat dialysis ikut jugular vein.
apa yang saya kesalkan, saya tak prihatin tentang masalah jantung dia. saya tahu dia mesti ada some extent of heart failure sebab tu batuk dia berpanjangan, dia pun ada exertional dyspnoea. on top of that, her hemoglobin is low, which further exacerbates her heart and kidney. kenapa saya tak insist dia pergi buat x-ray dan jumpa cardiologist?
alhamdulillah ibu saya meninggal dalam keadaan sangat mudah, she wasn't in pain, dia tak menyusahkan anak2. pagi tu lepas subuh dia duduk atas sofa depan TV, ayah saya buka TV dia suruh tutup dia nak rehat tanpa gangguan TV. ayah saya pergi uruskan mayat seorang yang baru meninggal dunia di Bandar Tun Razak. bila ayah saya balik rumah, ibu saya dilihatnya sedang baring dalam bilik. dia panggil nama, ibu saya jawab dengan bunyi lemah. bila ayah saya jenguk, mata ibu saya telah lihat ke atas, dengan pandangan jauh, kosong... ayah saya sempat beri dia tiga teguk air, nyawa ibu saya di ambil dengan perlahan-lahan.
tidak dapat digambarkan kerinduan saya pada ibu. hanya doa yang dapat mengiringi pemergiannya berjumpa Penciptanya. saya harap dia memaafkan semua kelalaian saya, kekurangan perhatian saya padanya, keutamaan saya pada kerjaya saya hingga mengabaikan dia, padahal dia tidak pernah mengenepikan saya dalam segala hal, dia juga tidak pernah mengabaikan saya selama ini....

Al Fatihah.

No comments: