Sunday, October 29, 2006

2 Syawal 2006

Ya Allah Yang Maha Besar
Aku hambaMu yang bodoh lagi lemah
Aku yang begitu jahil di sisi kebijaksaaan milikMu
tidakku punya akal untuk melihat perkara mendatang
hanya kepadaMu aku berserah

Sesungguhnya Ya Allah
aku akur akan kebesaran kuasaMu
jika Kau mahu matahari terbit di ufuk barat
tenggelam di ufuk timur
maka akan jadilah ia

Ya Allah yang Maha Mengasihani
aku hambaMu yang sangat mengharap
kurniakan sedikit kebahagiaan di duniaMu yang fana ini
hikmahkan kepada hambaMu yang hina ini
belas dan ikhsan dari limpahan kasihMu
telah lama hambaMu ini dicuba
dengan dugaanMu yang maha berat

Aku pasrah sujud di kakiMu...
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

No comments: